JellyPages.com
BannerFans.com

komli

Pages

Friday 20 September 2013

Laksa Buyung Emas

Assalamualaikum
Dah lama betul aku dengar cite laksa ni sedap. Sape hantu laksa memang teringin nak rasa ye tak. Tapi sebagai artis yg sedang naik aku kekurangan masa untuk ini semua. Sebok di studio recording mahu pun photoshoot untuk zine2 yg  muka depan semua pulak tu..... kalau ikut aku malas nak pemes sgt..... tapi siapa lah aku untuk menolak .... puihh
           Petang tadi Lin ajak aku untuk cari laksa ni. Lin memang tak makan laksa. Tapi dia tau sangat laksa ni memang peberet bini dia. Kami pergi berdua je lagi pun ini masih misi pencarian. Tanya pakcik gugel dia bagi aku jalan sunyi sepi yang kalau boleh aku tak nak ikut jalan tu. So aku cari je ikut jalan besar. Tak sesat dan selamat sampai.....
                     
 
 
Inilah kedainya
 
ABCDEFG sedap
Untuk Lin
 
Tara.... inilah laksanya ni laksa special ada letak isi ikan
 
Cendol jagung. boleh tahan
Dalam kedai
 
            ok. Makan sedap minum pon sedap. Alamat aku tak de. Sape nak pergi ni aku boleh bagi direction mcm ni dari arah Kanthan : Sampai di Sungi Siput sebelah kanan cari bangun JKR dan situ ada traffic light. Masuk kanan. Jalan terus sampai jumpa lagi traffic light masuk kanan. Jalan terus lagi jumpa traffic masuk kanan. Terus je kedai ni sebelah kanan. Ada pokok2 situ.
           Masa aku datang memag ramai orang makan di situ dan bungkus bawak balik pon tak kalah. X dinafikan sedap dengan abc dan cendol pon memang best. Tapi yang agak berat memandang 1 je.... kebersihan kurang sikit. Yg lain ok. Cuba lah try laksa sini antara yang tersedap.  Harga untuk laksa ni aku tak tau. Tapi murah lah. rm14.40 untuk abc+cendol jagung+mee rebus(bungkus)+laksa2. ok Selamat mencuba
 

No comments:

Post a Comment